Sudah Datang Tetapi ‘Menghilang’, Mahkamah Keluar Waran Tangkap Ke Atas Norjuma Tak Hadir Prosiding

Disebabkan gagal hadir ke prosiding pagi semalam, empat mahkamah telah mengeluarkan waran tangkap ke atas usahawan selebriti, Norjuma Habib Mohamed.

Majistret, Illi Marisqa Khalizan, Nurul Izzah Shaharuddin, Fatin Dayana Jalil dan Noor Elynna Hanim Abd Halim telah mengeluarkan perintah berkenaan ke atas usahawan selebriti berusia 44 tahun selepas dia dan penjamin iaitu adiknya tidak muncul dalam kamar mahkamah walaupun nama dan kesnya disebut sebanyak tiga kali.

 

Dah datang mahkamah tapi lesap

Sebelum itu, kelibat Norjuma dilihat hadir memakai pakaian serba hitam sekitar jam 10.30 pagi di perkarangan mahkamah dan sempat melambaikan tangan ke arah jurugambar.

Bagaimanapun, dia dikatakan berpatah balik ke tempat parkir untuk mengalihkan kenderaannya tetapi tidak memasuki mahkamah semula sehingga prosiding tamat.

“Sekarang sudah jam 11.21 pagi namun tertuduh, penjamin mahupun peguamnya tidak muncul dan saya memohon waran tangkap dikeluarkan,” mohon Timbalan Pendakwa Raya Hamizah Hisan ketika kes itu disebut di hadapan Illi Marisqan.

Bekas personaliti televisyen itu berdepan tiga pertuduhan mencederakan tiga individu dan dua pertuduhan perbuatan khianat. Mahkamah menetapkan 26, 29 dan 30 Julai serta 2 Ogos untuk sebutan semula kes.

Untuk rekod, pada 25 April lalu, usahawan tudung itu mengaku tidak bersalah atas lima pertuduhan mencederakan tiga individu dan melakukan khianat.

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Editor :Sheeba

Sumber: Instagram

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*