“Sekarang Ex Suami Kakak Adalah Suami Saya” – Lama Simpan Dendam, Adik Musnahkan Rumah Tangga Kakak Kandung

Kisah yang membuat ramai terkejut, di mana seorang wanita mengakui secara terang-terangan di segmen 3 Pagi Era bahawa dialah punca rumah tangga kakak kandung sendiri musnah.

Bangga hancurkan rumah tangga kakak

Wanita yang dikenali sebagai Linda itu berkata dirinya bangga berbuat sedemikian kerana sudah lama menyimpan dendam terhadap kakak sendiri.

 

Katanya, sejak daripada mereka kecil, kakak sering didahulukan berbanding dirinya dan mereka juga sering bergaduh antara satu sama lain.

 

 

Rampas suami kakak

Lebih mengejutkan, selepas membuat rumah tangga kakak kandung musnah, Linda membuat keputusan mengahwini bekas abang ipar yang kini merupakan suaminya.

Saya bangga je sebab dah dendam lama. Sengsara dia buat saya bahagia.

Sewaktu menceritakan kisah tersebut, wanita itu sama sekali tidak mempunyai perasaan rasa bersalah melakukan perkara terbabit, malah berasa bangga dapat merampas kebahagiaan kakak kandung.

Kebanyakkan netizen yang mendengar kisah tersebut turut terkejut dan merasakan kisah ini sama seperti kisah yang berlaku di negara jiran, Indonesia yang kini diadaptasikan dalam sebuah berjudul Ipar Adalah Maut.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Editor :Sheeba

Sumber: Instagram

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*