Sejak kebelakangan ini, nama pempengaruh Aisyah Hijanah dan suami, Alif Teega menjadi topik hangat di platform media sosial susulan didakwa kutip derma setiap bulan demi kepentingan diri sendiri.
Bagaimanapun, dakwaan tersebut telah disangkal oleh Aisyah dalam platform media sosial dan menyerahkan isu itu kepada peguamnya.
Terbaru, melalui laman Facebook, satu status yang telah dimuat naik oleh akaun bernama Aisyah Hijanah Official menarik perhatian ramai selepas ia berkata Aisyah memaafkan semua pihak.
Susulan memuat naik status sedemikian, rata-rata netizen merasakan pempengaruh terbabit tidak sepatutnya mengambil tindakan sedemikian.
Bagaimanapun, difahamkan pemilik akaun Facebook tersebut dikatakan bukan milik Aisyah Hijanah dan sehingga sekarang masih belum ada kenyataan rasmi daripada pihaknya.
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook
Editor :Sheeba
Sumber: Instagram
Leave a Reply