Helikopter TDM mendarat cemas di Kluang… 3 anak kapal cedera, patah tulang belakang

TENTERA Darat Malaysia (TDM) mengesahkan sebuah pesawat M81-11 (Agusta A109 LOH) yang membawa tiga anak kapal melakukan pendaratan kecemasan pada pukul 1.35 pagi, Jumaat.

Ia berlaku semasa sesi Latihan Penerbangan Malam, Kursus Army Aviation Basic Officer Course di Landasan Terbang Kluang, Kem Mahkota Kluang, Johor.

Menurut kenyataan TDM, kejadian itu melibatkan seorang jurulatih helikopter, seorang penuntut kursus dan seorang kru kuatermaster.

“Kesemua kru yang terlibat dalam keadaan sedar dan hasil awal pemeriksaan perubatan mengenal pasti beberapa kecederaan yang dialami oleh pegawai dan anggota.

“(Antaranya) seperti patah tulang belakang dan luka-luka di beberapa bahagian anggota badan serta lain-lain kecederaan yang mash belum dikenal pasti.

“Kesemua anak kapal dalam keadaan stabil dan dibawa ke Hospital Enche Besar Hajjah Khalsom bagi menerima rawatan lanjut,” ujar TDM.

Tambah TDM, satu Lembaga Siasatan akan bersidang bagi mengenal pasti punca kejadian melibatkan helikopter itu.

TDM juga memohon agar orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi dan mendoakan agar kesemua anak kapal diberikan kesembuhan.

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Editor :Sheeba

Sumber: Instagram

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*