Selepas mengejutkan ramai dengan kisah perceraian, pelakon Nora Danish sekali lagi mengundang perhatian apabila memberi bayangan dirinya mengimpikan seorang suami yang mampu membimbingnya ke jalan Allah SWT.
Nora, atau nama penuhnya Nora Mohd. Danish Hanif, 42, berkongsi sebuah video di Instagram yang mengisahkan seorang suami yang mahu isterinya taat perintah Tuhan dengan mendirikan solat.
Video tersebut tidak disertakan dengan sebarang kapsyen, hanya emoji berbentuk hati berwarna hitam dan putih.
Tindakan ini telah mencetuskan pelbagai reaksi daripada netizen, yang kebanyakannya meninggalkan komen positif dan pandangan bahawa suami yang baik adalah yang mampu membimbing isteri ke jalan yang lebih baik.
“Isteri memang perlu seorang suami yang boleh membimbing dan sentiasa mengingatkan pasangan tentang akhirat. Terima kasih Nora kerana berkongsi kisah ini. Harap dikurniakan suami yang lebih baik satu hari nanti,” tulis seorang netizen.
“Semoga Nora dikurniakan seorang suami dan jodoh yang beriman serta mampu memimpin ke jalan yang diredai,” tambah yang lain.
Kisah ini muncul selepas Nora dan Nedim bersetuju untuk berpisah secara baik menerusi prosiding di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur pada 19 Jun lalu.
Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 30 Mac 2017 dan dikurniakan cahaya mata lelaki, Mohamed Neqayl, yang kini berusia enam tahun.
Sebelum Nedim, Nora pernah berkahwin dengan Datuk Rizal Ashram Ramli, atau Jejai, pada 20 Jun 2006 dan dikurniakan cahaya mata lelaki, Putra Rayqal, yang kini berusia 15 tahun sebelum bercerai pada 2008.
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook
Sumber: Instagram
Leave a Reply