[VIDEO] Peminat Puji Puteri Ameerah Cantik Persis Anna Jobling, Raih Perhatian Ramai!

Sebelum ini, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengeran Muda ‘Abdul Mateen ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Wadaullah juga dikenali sebagai Putera Mateen sering mendapat perhatian ramai.

Kali ini pula, mengenai adiknya iaitu Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengeran Anak Puteri Ameerah Wardatul Bolkiah binti Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Wad’daulah yang kini meningkat dewasa yang semakin cantik dan anggun serta turut mendapat perhatian ramai.

Puteri Ameerah yang berumur 16 tahun, kini beliau belajar di Sekolah Antarabangsa Jerudong (Jerudong International School Brunei) dari tahun 2017 sehingga kini. Sebelum ini juga Puteri Ameera menerima pendidikan di Sekolah Antarabangsa Brunei (ISB).

 

“Betul Lah Memang Ada Iras Anna Jobling”-Netizen

Baru-baru ini, tular satu video yang dimuat naik di laman instagram milik Murai Malaysia yang peroleh perhatian ramai. Video berkenaan, kini meraih jumlah tontonan sebanyak 82 ribu, tanda suka sebanyak 1,008 dan sebanyak 20 komen.

Di dalam video berkenaan, memaparkan Puteri Ameerah bersama keluarganya yang sedang meluangkan masa bersama-sama.

 

 

Rata-rata netizen teruja melihat video berkenaan. Mereka juga mengatakan bahawa Puteri Ameerah membesar menjadi seorang gadis yang anggun dan cantik persis pelakon wanita Malaysia yang diminatinya itu, iaitu Anna Jobling.

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

 

Sumber: Instagram

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*