(VIDEO) Senyum Sambil Mengilai Panjang, Isteri Menggigil Suami Dirasuk Ketika ‘On The Way’ Pergi Tempat Berubat

Semalam, tular di platform TikTok memaparkan seorang wanita yang sedang dalam ketakutan merakam suami yang dicintai sedang dirasuk di dalam kereta.

Difahamkan, ketika sedang menuju ke lokasi tempat berubat, wanita berkenaan bersama bayinya berhadapan dengan detik cemas selepas sikap suami berubah secara tiba-tiba.

 

Selepas itu, lelaki tersebut menghentikan kereta yang sedang dipandu di tengah jalan, lalu menoleh ke arah isteri dengan senyuman yang menyeramkan serta mengilai panjang.

 

Sedar suami sudah dirasuk, wanita terbabit bergegas mengambil bayinya keluar dari kereta tersebut dan pada mulanya tiada siapa yang berani mendekati si suami kerana dia bertindak agresif. Susulan itu, dia hanya mampu mengucapkan kalimah suci Allah berulang kali bagi menenangkan diri.

 

 

Apabila ditanya kenapa membawa bayinya bersama mereka, wanita yang dikenali sebagai Aretieqaahh itu berkata bayi mereka turut mengalami gangguan mistik, di mana sering menangis ketika waktu tidur.

Kata wanita itu, ini bukanlah kali pertama hal ini terjadi, mereka sudah diganggu sejak zaman masih bujang lagi dan dia memberitahu, gangguan ini bukan saka tetapi hantu raya.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

 

Sumber: Tiktok

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*