Netizen Dakwa Leona Guna ‘Cable’ Bapa Untuk Berlakon Drama, Ini Jawapan Azhar Sulaiman

Hampir semua warga net mengenali dengan anak kepada pelakon Azhar Sulaiman, Kasih Iris Leona.

Leona Mahu Berlakon Drama

Sebelum ini Azhar Sulaiman pernah mendedahkan bahawa anak perempuannya, Kasih Iris Leona teringin untuk berlakon dalam mana-mana drama tempatan.

Bagaimanapun, Azhar mengakui bahawa Leona kurang mahir berbahasa Melayu dan agak pelat dengan bahasa ibunda.

Namun Azhar ada memberi syarat jika ada yang sanggup melatih anaknya berbahasa melayu, Azhar dan isteri akan izinkan Leona untuk berlakon.

Terbaru, Azhar ada memuat naik satu video di media sosialnya dengan menunjukkan Azhar bersama anaknya Leona dalam sesi perbincangan bersama seorang pengarah yang dikenali sebagai Haji Zeel.

Menerusi video yang dimuat naik di Tiktok, Azhar menyatakan bahawa dia sedang mengadakan mesyuarat bersama Haji Zeel untuk sebuah projek di TV3.

Meeting with Haji Zeel for project TV3. Thank you Seman for the arrangement.

Melihat diruangan komen, ramai netizen yang mula teruja melihat video tersebut tambah-tambah lagi apabila projet yang akan dilakukan itu turut melibatkan anak Azhar sulaiman, Leona.

Dakwa Leona Menggunakan ‘Cable’ Bapa

 

 

Tetapi ada satu komen yang menyatakan bahawa Leona memakai ‘cable’ untuk berlakon drama menjadi perhatian.

The real pakai cable. By the way tak sabar nak tengok Leona berlakon drama.

Komen dari individu tersebut menyatakan bahawa Leona menggunakan ayahnya sebagai jalan pintas untuk menjadi pelakon.

Tetapi jawapan Azhar telah menjelaskan situasi yang sebenarnya.

Mereka mahu Leona. So Leona lah cable for me to get a job

Tulis Azhar, pihak produksi mahukan Leona untuk drama tersebut dan sebenarnya, Leona lah yang menolong Azhar Sulaiman untuk mendapatkan tawaran lakonan itu.

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber: Instagram

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*