[VIDEO] Gelagat Puteri Ameerah Beramah Mesra Dengan Rakyat, Raih Perhatian Ramai!

Sebelum ini, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengeran Muda ‘Abdul Mateen ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Wadaullah juga dikenali sebagai Putera Mateen sering mendapat perhatian ramai.

Kali ini pula, mengenai adiknya iaitu Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengeran Anak Puteri Ameerah Wardatul Bolkiah binti Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Wad’daulah yang kini meningkat dewasa yang semakin cantik dan anggun serta turut mendapat perhatian ramai.

Puteri Ameerah yang berumur 16 tahun, kini beliau belajar di Sekolah Antarabangsa Jerudong (Jerudong International School Brunei) dari tahun 2017 sehingga kini. Sebelum ini juga Puteri Ameera menerima pendidikan di Sekolah Antarabangsa Brunei (ISB).

“Cantik, Anggun Dan Sopan, Memang Betul-Betul Puteri Kesayangan Ramai”-Netizen

Baru-baru ini, tular satu video yang dimuat naik di laman media sosial tiktok milik @ardjunatasha yang peroleh perhatian ramai. Video berkenaan kini meraih jumlah tontonan sebanyak 232 ribu, tanda suka sebanyak 19 ribu dan sebanyak 768 perkongsian.

Di dalam video berkenaan, memaparkan Puteri Ameerah yang menghampiri rakyat untuk bergambar dengan mereka.

 

 

Rata-rata rakyat teruja melihat video berkenaan. Mereka juga mengatakan bahawa Puteri Ameerah merupakan Puteri kesayangan ramai.

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber: Instagram

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*