Pasport Rosak & Terlepas ‘Flight’, Pempengaruh Mengamuk Tengking Staf Di ‘Airport’ – “Terima Kasih Sebab Dah Menyusahkan Saya”

Tular di media sosial rakaman yang memaparkan seorang petugas yang menjaga kaunter daftar masuk sebuah lapangan terbang ditengking oleh seorang penumpang.

Individu yang menengking petugas terbabit merupakan seorang pempengaruh yang dikenali dari Aceh, Indonesia dan ketika kejadian dia melepaskan rasa berang selepas tidak dibenarkan mendaftar masuk.

 

Pasport rosak

Menurut laporan, Cut Melisa dan suami dijadualkan berlepas ke Bangkok, Thailand mengikut penerbangan Air Asia Indonesia pada jam 2.35 petang.

Bagaimanapun, ketika mahu mendaftar masuk petugas terbabit mendapati pasport Melisa terdapat kesan lipatan dan diklasifikasikan sebagai rosak menyebabkannya tidak dapat menaiki pesawat itu.

Melisa bagaimanapun berkata dia dan suami sudah mendapat pengesahan daripada pihak imigresen bahawa pasport terbabit boleh digunakan untuk melancong namun petugas itu tetap tidak membenarkan.

Gara-gara insiden tersebut, pasangan terbabit terlepas penerbangan dan Melisa yang bengang dengan petugas bernama Dhea itu terus merakamkan video dengan suara yang tinggi.

Saya dipersulit tidak boleh terbang oleh perempuan bernama Dhea. Padahal imigrasi dibolehkan terbang. Terima kasih ya sudah mempersulit saya. Ingat ya, balasan Allah lebih pedih.

 

Pihak Air Asia Indonesia kemudian mengeluarkan kenyataan berhubung insiden yang tular di media sosial itu dan berkata staf berkenaan sudah mengikut prosedur dengan memeriksa terlebih dahulu sebelum mengklarifikasikan pasport tersebut sebagai rosak.

Mengikut Peraturan Menteri Undang-Undang dan Hak Asasi Manusia No. 8 Tahun 2014, pasport yang rosak tidak boleh diguna pakai untuk perjalanan, jadi penumpang tidak dibenarkan mendaftar masuk.

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

 

Sumber: Instagram

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*