Pensohor media sosial dan juga madu kepada Marissa Dania Hakim, Umisya Azlan berkata dia memilih untuk peduli akan hal sendiri jika tiba giliran suaminya ‘bersama’ dengan isteri kedua.
Kata Umisya, dia memilih untuk berbuat demikian bagi mengelakkan pergaduhan yang tidak diingini.
Apabila giliran di sana, Umisya hanya tak peduli (hal) masing-masing sebab lelaki ni cepat rimas.
Untuk saya tak berfikir dan nak elak yang bukan-bukan, saya tak hubungi Aslam, tak ganggu atau apa-apa, hanya tak peduli. Itu tip saya.
Umisya berkata demikian ketika dia beramah mesra bersama pengikutnya di media sosial TikTok.
Tambahnya lagi, dia perlu reda selepas memilih untuk terus kekal dalam poligami.
Bila mana kita memilih untuk ‘stay’, jadi kita kena terima kesannya tapi setakat ni tak ada yang mengalah, buat apa saya nak mengalah?
Saya pun tak tahu kenapa perlu membanding-bandingkan kami. Saya, sayalah, dia, dialah.
Terdahulu, anak kepada pelakon Abby Abadi dan Norman Hakim, Marissa Dania dilaporkan telah bernikah dengan Aslam yang pada ketika itu bergelar suami kepada Umisya.
Pernikahan itu dilaporkan telah mencetuskan kekecohan kerana ia dilakukan di luar pengetahuan Umisya dan juga keluarga Marissa Dania.
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook
Sumber: Instagram
Leave a Reply