“Si Suami Kalau Berdepan, Aku Pukul” – Achey Kesal Pasangan Suami Isteri Memilih Untuk ‘Childfree’

Pelawak Achey tampil meluahkan rasa kesal dengan sikap sesetengah individu yang seolah-olah mempengaruhi orang lain untuk mengamalkan gaya hidup ‘childfree’.

Achey kesal ramai pengaruhi gaya hidup ‘childfree’

Ujar Achey, pendapat tersebut telah mencetuskan pelbagai kontroversi dan kemarahan ramai pihak.

 

Aku bab anak memang tak bolehlah. Banyak lagi nak cakap tetapi keputusan itu hak kalian.

Cuma aku tak suka kenyataan kalian boleh racun pemikiran orang lain dan videokan pula.

Mempunyai anak adalah satu kelebihan

Dia dalam pada itu turut menyenaraikan kelebihan mempunyai anak bagi pasangan suami isteri.

 

Pewaris dan penyeru dalam hidup itu adik. Kerjaya awak tidak boleh masuk kubur.

Doa anak yang boleh tembus. Si suami, kalau berdepan, aku pukul saja.

Sebelum ini, Achey dan isteri memang diketahui sedang menantikan kehadiran cahaya mata selepas 13 tahun mendirikan rumah tangga.

Dia dan isteri juga telah berikhtiar dengan pelbagai cara termasuklah rawatan tradisional dan juga IVF.

Mereka berdua ada mengambil seorang anak angkat bernama Nur Tiara Zinnirah Nasir pada tahun 2018.

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

 

Sumber: Instagram

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*