“Aku Penyondol Kenapa Aku Yang Kena Nangis? I Should Be Proud” – Video ‘Reality VS Truth’ Michael Ang Bikin Netizen Geli Hati

Pengarah dan penerbit, Michael Ang telah membuatkan netizen geli hati gara-gara satu video yang dimuat naik olehnya di Instagram.

Dalam hantaran itu, Michael dilihat melakukan cabaran ‘Reality VS Truth’ di dalam kereta.

Okay ini adalah lakonan yang sebenar-benarnya dalam hati. One, two, three… action! “Eh reporter b*bi kau orang nak interview aku kenapa? Kenapa kau nak tanya suruh aku menangis…

 

Perlu kah aku menangis? Aku penyondol kenapa aku yang kena nangis? Bukan laki aku kena sondol. Aku yang menyondol laki orang lain patutnya kau gembira. Perlu kah aku menangis, i should be proud.

Okay ini pula apa yang patut berlaku di mata khalayak ramai dan juga untuk netizen-netizen semua. One, two, three… action!

Teman-teman, abang-abang, adik-adik reporter, terima kasih sebab datang support kita. Kita bukan tak nak menangis, kita tak pandai lah nak menangis-menangis depan reporter, buat cerita-cerita sedih.

Meskipun pengarah itu tidak menyebut sebarang nama, namun netizen seolah-olah mengetahui sindiran itu ditujukan kepada siapa.

“Sahaja buat lawak ya. Tak berkenaan kes apa-apa dekat Malaysia dan pada yang hidup ataupun dah mati. Berhibur lah ya.” tulisnya di bahagian kapsyen hantaran video tersebut.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

 

Sumber: Instagram

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*