MODEL asal Malaysia iaitu Yasmine Ow tidak menuntut nafkah anak dalam tuntutan cerai yang difailkan terhadap suaminya iaitu pelakon Aditya Zoni.
Kompas melaporkan, Yasmine memberitahu dia mampu untuk memberi nafkah kepada anak mereka iaitu Zayn Serdar Enver tanpa bantuan daripada suaminya itu.
“Tidak, saya tidak minta nafkah kerana saya mampu,” katanya.
Yasmine hanya mahu hak penjagaan anak mereka, Zayn.
Dalam pada itu, peguam yang mewakili Yasmine, Machi Ahmad memberitahu anak guamnya hanya ingin memfailkan tuntutan penceraian serta memohon hak penjagaan anak.
Kata Machi, dia berharap agar dua permintaan Yasmine itu dapat ditunaikan oleh pihak mahkamah.
“Kami serahkan kuasa hakim untuk memutuskan adakah anak guam saya layah untuk memegang hak penjagaan anak,” ujarnya.
Untuk info, Yasmine merupakan anak kelahiran Sabah yang bernikah dengan Aditya pada 28 Disember 2021.
Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki iaitu Zayn Serdar Enver yang kini berusia dua tahun.
Pada Mei lalu, peguam yang mewakili Aditya, Emile Oemar memberitahu Yasmine dan anak guamnya sudah tiga bulan tidak tinggal serumah.
Yasmine dilaporkan memfailkan cerai terhadap Aditya dan didakwa kini sudah menetap di rumah keluarganya di Malaysia.
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook
Sumber: Instagram
Leave a Reply