Dituduh sebagai pemukul kekasih, Ammar Alfian berkata dia bukan dirinya sendiri – “Awak tahu muka saya jahat…”

Pelakon bertubuh sasa, Ammar Alfian tampil menafikan dakwaan dia adalah suspek selebriti yang memukul teman wanitanya seperti dilaporkan media semalam.

Ammar menerusi beberapa hantaran komen di aplikasi TikTok yang menyiarkan berita itu menegaskan bahawa bukan dia individu yang dimaksudkan melakukan perbuatan tersebut.

 

Bukan, salah orang. Dia (merujuk dirinya) tak salah.

Dia dalam pada itu dilihat meluahkan rasa kesal kerana sering dikaitkan dengan insiden jenayah dan kekerasan kerana memiliki wajah ‘jahat’ dan sering melakonkan watak penjenayah.

 

Tahulah muka aku jahat, berlakon pun watak jahat. Lepas ni produser tolong beri aku watak ustaz. Aku nak babak sedang solat dan baca doa menangis-nangis.

 

 

Kamera juga perlu tunjukkan muka aku sedang menangsi teresak-esak dan lagu nasyid pula sebagai muzik latar, bagi jadi.

Semalam, media melaporkan seorang wanita berusia 25 tahun telah membuat laporan polis kerana ditumbuk kekasihnya yang juga seorang pelakon lelaki.

Pelakon berusia 37 tahun itu difahamkan berang kerana teman wanitanya itu keluar bersama kakak tanpa memaklumkannya terlebih dahulu.

Aktor itu kemudian memarahinya sebelum menumbuk mata kiri dan juga mata mangsa.

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*