‘Inilah Suami Saya, Takut Ada Orang Lain Lupa Dia Suami Orang’ – Elfira Loy

Pelakon Elfira Loy mencuri perhatian warganet selepas memuat naik gambar bersama suaminya di media sosial.

 

Menerusi perkongsian di TikTok, Elfira atau nama lengkapnya Nurul Elfira Loy Ahmad Sabri, memuat naik tiga keping foto bersama suaminya, Muhamad Faris Khairol Anuar..

Inilah suami saya. Saja beritahu, takut ada orang lain lupa dia suami orang.

Selepas lima tahun kahwin, okaylah kan nak post gambar bersama di TikTok ni.

Dalam pada itu, pelakon drama Di Sebalik Kasyaf tersebut memanjatkan doa agar dia dan suami sentiasa diberikan kesabaran dan dikurniakan syurga kelak.

Semoga Allah merahmati kita dengan kesabaran hingga ke jannah.

Tinjauan OhBulan! mendapati, foto-foto berkenaan merupakan hantaran pertama Elfira bersama suaminya di TikTok.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet mendoakan kebahagiaan rumah tangga pasangan tersebut.

Untuk rekod, Elfira dan Faris mendirikan rumah tangga pada 1 Januari 2019 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Muhamad Rayyan Khalaf dan Nur Aria Mikayla.

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber: TikTok Elfira Loy

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*