Ruhainies Kongsi Tip Tenang Hadapi Ujian-“Dia Uji Sebab Dia Sayang..”

Biarpun nama terpalit dengan kontroversi hebat apabila ditangkap khalwat bersama aktor, Aliff Aziz pada Mac lalu di sebuah kondominium mewah di Kuala Lumpur, aktres Ruhainies tetap dilihat tetap kelihatan tenang terhadap apa yang berlaku.

Malah, aktres ini turut disoal oleh peminat menerusi pautan Ask Me A Question di Instagram, mengenai tips dirinya untuk sabar dan tenang berdepan ujian yang mendatang buatnya itu.

“Kalau saya di tempat kamu belum tentu saya sekuat kamu. Ada tips diam, sabar, tenang. Please share.”-soal peminat di Instagram

“Allah Baru Uji Ujian Besar, Takkan Saya Nak Mengeluh…”

Tidak berdiam diri, Ruhainies dilihat menjawab pertanyaan peminatnya itu dengan menyatakan bahawa dia telah diberikan rezeki yang banyak selain disayangi oleh ramai orang orang termasuklah keluarga dan rakan-rakan.

Baginya, apa yang berlaku adalah satu ujian dan tidak mungkin akan mengeluh serta menerimanya dengan redha.

“Allah telah memberikan saya banyak rezeki, job, shooting, disayangi oleh ramai orang, keluarga dan rakan-rakan yang baik, dan sebagainya untuk 31 tahun.

Allah baru uji ujian besar baru sekali, takkan saya nak mengeluh. Saya terima dan redha. Dan bersyukur juga. Dia ujia sebab Dia sayang.

Saya percaya tiada yang sia-sia. Dan saya yakin pasti ada rezeki besar yang Allah dah aturkan untuk saya. InsyaAllah. No storms last forever.”-jawab Ruhainies

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber: Tiktok

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*