Senyum & Tenang Di Mahkamah, Alif Teega Mohon Doakan Dirinya & Isteri – “Doakan Baik Baik Ya”

Awal pagi tadi, kelibat pasangan pempengaruh islamik ini menjadi perhatian ramai wartawan di lokasi dan netizen di media sosial apabila mereka tiba di Mahkamah Majistret Putrajaya untuk permohonan reman.

Alif Teega, 30, dan isterinya, Aisyah Hijanah, 26, tiba dengan baju lokap SPRM dan bergari dilihat mengukir senyum ke arah wartawan dan sempat memberi respon apabila disapa.

 

Pempengaruh itu sempat berkata dan meminta orang ramai agar mendoakan dirinya dan isteri dalam kes mereka ini berkaitan penyelewengan duit derma.

Alhamdulillah sihat. Doakan yang baik baik ya

 

Terdahulu, pasangan itu ditahan semalam oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung dakwaan berkaitan isu penyelewengan kutipan derma yang tular diperkatakan di media sosial.

Alif dan Aisyah ditahan bagi membantu siasatan tentang dakwaan bahawa kutipan derma bernilai jutaan ringgit tersebut tidak disalurkan secara betul.

Sebelum ini, pempengaruh tersebut pernah membuat penafian bahawa dia terlibat dalam penyelewengan duit derma seperti yang diperkatakan.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

 

Sumber: Tiktok

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*