Ikut solat subuh, ibu Maryam bawa pulang telekung mahu belajar sembahyang di Korea

Influencer terkenal, Maryamyunrrr telah berkongsi momen bersama ibunya sewaktu wanita itu datang ke Malaysia untuk menziarahi anak perempuannya.

Menerusi muat naik Maryam di Instagram, dia mengakui berasa hiba sewaktu menghantar ibunya untuk kembali pulang ke Korea Selatan selepas beberapa waktu berada di Malaysia.

Menurut isteri kepada Ryzal Ibrahim itu, sejak tiga tahun berada di Malaysia dan menjadi seorang ibu kepada seorang bayi perempuan, dia akui lebih banyak menghabiskan masa serta mencurahkan kasih sayang kepada anak.

Namun, dia baru menyedari bahawa dia sebagai anak perempuan tunggal turut rindukan kasih sayang seorang ibu. Jadi, kehadiran ibu ke Malaysia sedikit sebanyak membuatkan dia berasa disayangi.

Paling mencuri tumpuan sudah tentu layanan Maryam yang turut membawa ibunya solat di masjid dan menghadiahkan telekung kepada wanita itu.

Menurutnya lagi, ibu tersayang mahu membawa telekung tersebut pulang dan mahu perlahan-lahan belajar solat di Korea nanti.

“Last photo, my mom ikut pergi Solat Subuh di Masjid tadi pagi,Alhamdulilah dan Insyallah , Omma juga bawak balik Maryam punya telekung untuk belajar slow slow solat di Korea. Semua doakan untuk Ibu Maryam ya,” tulisnya.

Maryam juga berharap agar orang ramai dapat mendoakan ibunya yang telah pun berangkat untuk pulang ke negara asal.

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang mendoakan agar ibu Maryam mendapat hidayah dan istiqomah dalam perubahannya nanti.

Walaupun ramai yang tertanya-tanya tentang agama ibu influencer tersebut, namun mereka tetap menghormati pegangan masing-masing dan mendoakan yang terbaik buat mereka.

Untuk rekod, Maryam dan Ryzal telah mendirikan rumah tangga pada pada 2019. Sekitar tahun 2020, mereka telah kembali ke Tanah Air dan memulakan kehidupan sebagai selebriti apabila kerap berkongsi kebersamaan dalam saluran YouTube DurianKimchi.

Hasil perkongsian hidup selama tiga tahun, pasangan tersebut telah dikurniakan seorang cahaya mata dikenali sebagai Rina.

Sumber: Instagram maryamyunrrr

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: