[VIDEO] “Cara cakap dia halus tapi ..” – Ayat Pedas Izara Aishah Ketika ‘Live Buat Netizen Seram!

Pelakon Izara Aishah sering meraih perhatian dalam kalangan peminat dengan gelagat bersahaja ketika mengadakan sesi ‘live’ untuk mempromosikan jualan tudung di laman sosial TikTok.

Menerusi potongan sesi ‘live’ Izara yang dikongsikan oleh pengguna platform terbabit, Izara sedang membuat ‘tutorial’ tudung yang dipakainya sambil melayan peminat di ruangan komen.

“Zara pakai innerneck ni sebab tunjuk tutorial, kejap lagi tak pakai, kalau buka tudung nampaklah rambut, leher semua. Nanti benci pula.

“Kesian eh, penatlah orang ni nak buat-buat humble rasa dirinya tak cantik. Jangan humble sangat, nanti orang pijak kepala kita. Kita kena cakap kita ni pun cantik. Kalau tak rasa cantik, kena pakai Zara punya tudung, kalau pakai Zara punya tudung terus dia punya confident level-level nak bagi orang lempang pula kan,” jawabnya.

@watieysoong #izara #tudung #shawl ♬ original sound – watieysoong

Keletah Izara meraih pelbagai respons netizen yang terhibur dengan jawapan pedas dan lawak spontannya itu.

Malah, ada yang mengatakan reaksi muka Izara sentiasa serius dalam memberi jawapan kelakar sebegitu.

“Dia macam cikgu English aku dulu cakap lembut tapi nada garang, seram. Sejak lama tak berlakon ni, dia makin lawaklah. Cakap lembut je tapi perli baik punya.

“Lawak tapi tenang sangat muka tu. muka serious tapi jawapan,” tulis netizen di ruangan komen.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!