Sekian lama berdiam diri, pelawak Shuk Sahar kembali mengundang perbincangan hangat di kalangan pengguna media sosial baru-baru ini.
Mana tidaknya, pelawak yang sering dihimpit kontroversi itu tiba-tiba tampil memberi pandangan mengenai isu pembayaran nafkah melibatkan pelakon, Hafidz Roshdi.
Isu tersebut mula timbul selepas bekas isteri Hafidz mendedahkan bahawa pelakon itu hanya membayar nafkah sebanyak RM100 sebulan untuk setiap seorang anak.
Menimbulkan perasaan tidak senang daripada orang ramai, Shuk Sahar kemudian meninggalkan satu komen yang bernada sinis mungkin berniat untuk berseloroh
Tulis Shuk Sahar, tujuan Hafidz memberikan nafkah bernilai RM100 untuk anaknya adalah untuk mengikuti trend ‘pinjam seratus’ yang tular di TikTok baru-baru ini.
“Mungkin dia tengah buat trend TikTok pinjam seratus kot,” ujar Shuk di ruangan komen laman Instagram milik portal hiburan yang berkongsi artikel mengenai Hafidz.
Seperti dijangka, komen berseloroh dikongsi Shuk itu tidak dapat diterima baik oleh pengguna media sosial yang rata-ratanya kembali menghentam pelawak berkenaan.
Hal ini kerana, ramai pengguna berpendapat bahawa pembayaran nafkah adalah isu serius yang sudah menjadi kewajipan suami dan tidak patut dijadikan bahan jenaka.
Segelintir individu juga mengambil kesempatan untuk mengingatkan Shuk agar turut menunaikan tanggungjawabnya kerana pelawak itu juga bercerai awal tahun ini.
“Kau pun sama juga, wajib kena bayar nafkah anak. Jangan ikut trend TikTok pula”, kata pengguna yang mengingatkan Shuk untuk menjalankan tanggungjawabnya.
“Tak lawak. Nak melawak dengan hukum yang Allah tetapkan, tanggung akibatnya.” Kongsi pengguna lain yang berpendapat bahawa isu itu tidak patut dipermainkan.
Terdahulu, pemilik nama sebenar Nurul Shuhada Mat Shukri mendedahkan bahawa bekas suaminya agak culas dalam pembayaran nafkah untuk dua orang mereka.
Oleh kerana Hafidz hanya membayar RM200 sebulan untuk dua anak, ibu bapa Shuhada terpaksa mengeluarkan wang bagi membantunya membeli keperluan mereka.
Shuhada turut meluahkan rasa terkilan apabila Hafidz memintanya untuk memadam hantaran promosi produk menguruskan badan untuk keperluan kerjanya sebelum ini
Hal ini berikutan perkongsian tersebut dibuat bagi mendapatkan sumber wang untuk membantu membayar keperluan dalam membesarkan dua orang anak.
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Writing by editor sheeba
Sumber : kosmo
Leave a Reply