Aunty Angeline Penyayang & Tidak Fake’ – Anak Sabri Yunus Gembira Bapa Tamatkan Zaman Duda Selepas 16 Tahun

Anak sulung kepada pelakon dan pengarah Sabri Yunus iaitu Saidi Sabri, 32, meluahkan rasa syukur apabila bapanya menemui peneman hidup yang baharu selepas 16 tahun bergelar duda.

Ketika ditemui OhBulan!, Saidi berkata, dia turut melihat perubahan pada bapanya yang kelihatan lebih ceria selepas mengahwini aktres Angeline Tan pada 14 Oktober lalu.

Syukur alhamdulillah, selepas 16 tahun ayah solo, akhirnya dia sudah ada peneman hidup yang baharu. Kami adik-beradik sangat gembira.

Saidi berkata demikian ketika ditemui pada majlis persandingan Sabri dan Angeline yang berlangsung di Glo Mall Damansara, pada Ahad.

 

Sementara itu, anak kedua kepada aktor berusia 62 tahun itu yang dikenali sebagai Syamimi Sabri, 30, berkata, dia dan beradiknya tidak pernah meminta bapanya untuk mendirikan rumah tangga sekali lagi.

 

Sebaliknya, menyokong segala keputusan yang dilakukan oleh bapanya demi kebahagiaannya.

 

Kami tidak terkejut pun ayah nak kahwin dengan aunty Angeline, sebab mereka berkawan sudah lama. Kemudian mereka betul-betul rapat sejak beberapa tahun lalu.

 

Tak pernah nak minta ayah kahwin lagi, sebab itu urusan dia. Kami terima sahaja dia nak berkawan dengan sesiapa yang dia mahu. Asalkan dia bahagia.

 

Dalam pada itu, puteri bongsu Sabri iaitu Syazni Sabri, 28, menyifatkan Angeline atau nama Islamnya Ardini Angeline sebagai seorang yang penyayang dan tidak ‘fake’.

 

Aunty Angeline sudah anggap kami adik beradik macam anak dia sendiri dari kami kecil.

 

Bila ayah beritahu dia berkawan rapat dengan aunty masa PKP dulu, waktu itu dia tidak beritahu pun mahu ke arah yang serius, tapi kami boleh nampak dah yang dia suka.

 

Sifat aunty Angeline yang saya lihat dia seorang yang sangat mengambil berat, tidak fake. Dia boleh menjaga kesihatan ayah, makan minum ayah. Sangat baik dan penyanyang.

 

Selain ahli keluarga terdekat, majlis yang berlangsung meriah dengan bertemakan hitam dan emas itu turut diserikan dengan kehadiran beberapa rakan selebriti seperti Beto Kusyairy, Esma Daniel, Issey Fazlisham, Linda Rafar dan ramai lagi.

 

Pada 14 Oktober lalu, pasangan berkenaan selamat dinikahkan oleh Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd As dinikahkan oleh Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin atau Dr Maza di sebuah Masjid.

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

 

 

Writing by :Editor sheeba

Sumber :tiktok

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*