Menerusi tangkap layar tular yang dimuat naik, individu berkenaan menyifatkan pempengaruh itu seperti tuhan sehingga mengundang perhatian ramai.
Tiada tuhan selain Nisa Ai (Nisa Ai akbar),”komen ringkas individu terbabit.
Tak lawak mainkan agama!
Komen tersebut juga mendapat empunya badan dan meminta individu terbabit untuk mengucap setelah meninggalkan komen sedemikian di media sosial.
Ini kerana individu berkenaan dilihat seakan mengangkat darjat Nisa Ai lebih daripada Sang Pencipta dan perkara tersebut tidak boleh dibawa main.
“Tak lawak ya kau nak mainkan agama. Allahuakbar, sumpah aku speechless (emoji menangis). Mengucaplah dik, tak lawak benda macam ni kau nak buat joke (lawak)!!!”respon Nisa.
Nisa Ai minta ibu bapa pantau anak-anak
Dia juga meminta ibu bapa di luar sana menjalankan peranan untuk memantau aktiviti anak-anak mereka terutama di media sosial.
Nisa berkata, tanggungjawabnya hanya setakat boleh memberi teguran dan penjelasan agar tidak lebih ramai terpesong akidah atau meninggalkan sebarang komen kurang ‘cerdik’.
Tegasnya, dia tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan sekiranya ia sudah melampaui batasan.
Sebelum ini, Nisa meminta orang ramai berhenti meninggalkan komen ‘tak boleh lawan Nisa Ai’ terutama pada isu-isu sensitif seperti konflik Palestin, kejadian meninggal dunia dan ceramah keagamaan.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Writing by :Editor sheeba
Sumber :Tiktok
Leave a Reply